Saturday, March 8

Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Seharian





Dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita ialah solat dapat membina keperibadian dan akhlak yang mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan mengalami perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik. Dengan solat, seseorang akan belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut.

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya".  (Surah al-Maarij ayat 19 – 23)


Dapat menjaga pelakunya daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa serta mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan dengan sempurna dan khusyuk, ia akan dapat mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT.



Solat menjadi jalan keluar bagi orang yang beriman apabila menghadapi sebarang kesulitan atau kesusahan. Dengan solat, jiwa orang yang beriman akan menjadi tenang dan tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan cubaan dengan tabah.

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud(solat)".  (Surah al-Hijr ayat 97-98)



Sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang dapat mempermudahkan rezeki kita.
Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" (Surah al-A'raf ayat 96)


      Antara manfaat dan kebaikan solat ini ialah;


  1. Ia dapat membantu diri kita, keluarga dan juga masyarakat kita untuk membina generasi yang baik akhlak dan budi pekertinya.
  2. Ibadat solat juga dapat membantu kita dalam menangani pelbagai gajala yang merosakkan kehidupan masyarakat kita seperti rasuah, membunuh, merompak, zina dan perbuatan-perbuatan maksiat yang lain.
  3. Ibadat solat juga dapat memotivasikan diri kita untuk terus tabah menghadapi segala cabaran yang datang kepada kita.
  4. Ibadat solat juga menjadi kunci utama untuk kita mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.





Sahabat Baik








Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

 

Tips Untuk Menghilangkan Stress



  1. Tips yang pertama iaitu jangan menangguhkan kerja sehingga semakin meningkat. Salah satu penyebab stress terkait dengan  masalah kerja yang banyak. Jika kita tidak menangguh-nagguh kerja yang dapat kita buat terlebih dahulu tentu tidak ada  kerja yang banyak. Sehingga stress kemungkinan besar tidak akan menimpa kita.
  2. Tips yang kedua iaitu memiliki keberanian untuk berkata tidak terhadap sebuah kerja baru yang dibebankan kepada anda yang tidak ada kaitannya dengan kerja anda yang sekarang. Ini akan mengakibatkan fikiran anda menjadi tidak fokus dan menjadi terbelah dua yang boleh menyebabkan stress.
  3. Tips berikutnya untuk menghilangkan stress iaitu dengan melakukan aktiviti atau kegiatan-kegiatan yang menyihatkan seperti olahraga dengan berjalan kaki atau bersantai. Aktiviti tersebut mampu membuat kita berasa lebih rileks, dapat  menurunkan tekanan darah serta menghasilkan hormon endorfin yang dapat menghilangkan stress tersebut.
  4. Selalu berfikiran positif terhadap segala masalah yang menimpa kita serta berusaha belajar dari pengalaman dan kita akan mempunyai peribadi yang lebih baik lagi daripada sebelumnya.
  5. Menghibur diri sendiri merupakan salah satu tips efektif untuk menghilangkan stress tersebut. Luangkan waktu dengan  aktiviti yang boleh menghibur diri sendiri dengan pelbagai jenis hiburan yang kita minati seperti bermain games, mendengarkan muzik yang anda minati, menonton fielm yang anda sukai atau kegiatan-kegiatan lain.